Tuesday, 22 October 2019

Mendung Tiada Berkalih

Hidup tanpa ujian ibarat mayat hidup. Tiada roh. Tiada keindahan. Bebunga ujian itu yang menjadikan kita betah. Menjadi hamba Allah yang sabar. Menjadi hamba Allah yang cekal. Ada kalanya hidup menjanjikan sakit yang tiada ubatnya. Tapi sebenarnya, ubat yang diharapkan itu tidak pernah wujud sama sekali. Melainkan kita sendiri yang menciptanya. 

Ubat yang dimaksudkan adalah sabar dan ikhlas. Mengungkap sabar sangat mudah. Kerana setiap manusia punya sabar masing-masing.

Ini saya ingin bawakan satu kisah manusia sabar. Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang syeikh yang hidupnya sedih kerana ditimpa musibah. Dalam keadaan sedih itu, dia telah terpandang seorang wanita yang amat mekar serinya. Jelas dimatanya tiada satupun kesulitan yang dialami. Senyumnya mekar tanda hatinya yang bahagia dan tenteram. Syeikh itu merasa cemburu dengan wanita itu lalu dia berkata. Alangkah gembiranya hidupmu wahai Wanita. Tiada satupun kesan sulit terpamer diwajahmu. Wanita itu dalam keadaan kurang senang dengan kata- kata Syeikh itu menjawab. 

"Wahai tuan yang budiman. Sesungguhnya akulah wanita yang paling walang di atas muka bumi ini." Wanita itu tersenyum kelat. Syeikh itu bertanya kesulitan apakah yang mengganggu wanita itu. Maka wanita itu bercerita.

" Aku punya sebuah keluarga yang sangat gembira. Pada suatu hari, anakku telah memburu di padang pasir. Lalu dia hilang entah kemana. Suamiku yang kerisauan keluar mencari anakku. Namun, suamiku telah dimakan serigala ketika sedang dalam pencarian. Maka, aku yang menunggu suamiku pulang telah keluar meninggalkan anakku yang paling bongsu bersama dengan saudaranya di rumah. Malang sekali, anakku juga telah mati selepas ditimpa air panas semasa pemergiannku. Dalam masa hanya sehari, aku telah menjadi sebatang kara. Seluruh ahli keluargaku telah mati pada waktu yang sama." Wanita itu bercerita dengan tenang tentang kisah hidupnya. 

Syeikh itu mersa sangat simpati dan kagum. Ujian yang teramat besar telah menimpa wanita malang itu. Namun, dia masih dapat menguntumkan senyuman sekalipun hatinya galau. 

Saya tidak ingat versi asal cerita ini. Namun sebagai pengajaran, setiap kita punya ujian yang berbeza. Sedih, galau itu pasti ada. Namun ingatlah, tiada satu makhluk pun yang Allah swt uji tanpa kemampuannya. Semoga menjadi ikhtibar buat kita. 

Sunday, 20 October 2019

Book Review 'Tentang Wanita'

Tajuk: Tentang Perempuan ( Jilid 1)
Penulis: Wardah Filzatunnafsi

Mengisarkan penceritaan tentang wanit-wanita hebat pada zaman Nabi dan Sahabat. Saya secara peribadi sangat suka buku ini kerana nukilannya dibuat dalam himpunan syiir ringkas,puisi dan sastera. Pengkisahannya disusun mengikut bunga dan setiap bunga itu diibaratkan serikandi-serikandi agama. Saya amat kagum dengan kreativiti penulis dalam menyusun sifat bunga berdasarkan serikandi ini kerana ianya lain daripada yang lain. 



Sebagai wanita, aku seringkali merasa tidak cukup. Pelbagai persoalan dan pertanyaan sering aku ungkapkan. Mengapa? Mengapa saya tidak mampu menjadi sesolehah wanita lain? Mengapa aku tidak mampu menjadi selembut wanita lain? Bagaimana menjadi solehah? Kenapa itu?Kenapa ini? Pelbagai persoalan seringkali menjengah kotak fikiran. Kebanyakkan soalan tanpa jawapan ini terungkai takkala aku membaca buku ini. Kerana buku ini menjelaskan bahawa bunga itu ada sifat berbeza. Wanita juga. Jadilah bunga yang kita rasa sesuai. Kerana setiap bunga ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Aku bukan bunga indah yang tersimpan rapi di kamar kaca. Tapi aku pasti, setiap bunga itu ada harumnya. Ketika mambaca salah satu bab dalam buku ini, aku mengalirkan air mata. Rupanya aku bunga istimewa. Bunga kampung yang ada wanginya. Pasti memberi manfaat buat ummat. 

Kisah bunga. Penulis begitu mahir bermain kata. Semoga dengan bunga, mampu menyedarkan wanita2 bahawa setiap darimu Istimewa. 

Wednesday, 19 June 2019

Mendung


Mendung itu berarak ke tanah rata
Dalam dakapan senja
Mendung mendongak hiba
Rintis syahdu kedengaran
Di bawah sinaran cahaya
Masih ada air yang tersisa
Peritnya menongkah 
Melakar lok-lok sungai yang di sana
Sekalipun mendung itu 
Tiada makhluk yang suka keberadaanya
Namun sunnatullah
Ia menjadi titis-titis embun yang berguna

Mendung itu berarak lagi ke tanah Rata
Meronta-ronta membadai siang
Seluruh qudratnya terlerai di pondok usang. 
Musnah ranap berkeping-kepingan
Dendalion-dendalion pun berselerakan
Berselubung bak rindu bergelimpangan

Aku ingin awan jahat itu pergi
Aku ingin langit kembali memancar pelangi
Aku ingin tanah ini subur kembali 
Angkara awan hitam
Langit tidak lagi berseri
Namun kerananya juga. 
Tanah itu subur kembali.


Friday, 14 June 2019

Bakawali


Padaku sebuah imaginasi lama
Meratap sekelumit dilema
Yang pernah menghantui
Setiap Rangkap bait dan madah
Dari seorang yang ku cinta

Dia yang bertakhta di balik tirai malam
Mengusung sebuah keranda 
Menuju Kuburan
Akankah Bakawali terpunduk
Lalu dipangkas keris yang berluk
Ataukah bakawali bertahan 
Di kegelapan Malam
Lihatlah
Akulah Bakawali Itu

Monday, 15 April 2019

Salam Perkenalan

Assalammualaikum. Nama saya Nurun. Welcome to my Blog. Yeyy.. Enjoy your experience on my blog. Actually this blog is just opening. So. Make sure stay tunee... muaahhh...