Ubat yang dimaksudkan adalah sabar dan ikhlas. Mengungkap sabar sangat mudah. Kerana setiap manusia punya sabar masing-masing.
Ini saya ingin bawakan satu kisah manusia sabar. Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang syeikh yang hidupnya sedih kerana ditimpa musibah. Dalam keadaan sedih itu, dia telah terpandang seorang wanita yang amat mekar serinya. Jelas dimatanya tiada satupun kesulitan yang dialami. Senyumnya mekar tanda hatinya yang bahagia dan tenteram. Syeikh itu merasa cemburu dengan wanita itu lalu dia berkata. Alangkah gembiranya hidupmu wahai Wanita. Tiada satupun kesan sulit terpamer diwajahmu. Wanita itu dalam keadaan kurang senang dengan kata- kata Syeikh itu menjawab.
"Wahai tuan yang budiman. Sesungguhnya akulah wanita yang paling walang di atas muka bumi ini." Wanita itu tersenyum kelat. Syeikh itu bertanya kesulitan apakah yang mengganggu wanita itu. Maka wanita itu bercerita.
" Aku punya sebuah keluarga yang sangat gembira. Pada suatu hari, anakku telah memburu di padang pasir. Lalu dia hilang entah kemana. Suamiku yang kerisauan keluar mencari anakku. Namun, suamiku telah dimakan serigala ketika sedang dalam pencarian. Maka, aku yang menunggu suamiku pulang telah keluar meninggalkan anakku yang paling bongsu bersama dengan saudaranya di rumah. Malang sekali, anakku juga telah mati selepas ditimpa air panas semasa pemergiannku. Dalam masa hanya sehari, aku telah menjadi sebatang kara. Seluruh ahli keluargaku telah mati pada waktu yang sama." Wanita itu bercerita dengan tenang tentang kisah hidupnya.
Syeikh itu mersa sangat simpati dan kagum. Ujian yang teramat besar telah menimpa wanita malang itu. Namun, dia masih dapat menguntumkan senyuman sekalipun hatinya galau.
Saya tidak ingat versi asal cerita ini. Namun sebagai pengajaran, setiap kita punya ujian yang berbeza. Sedih, galau itu pasti ada. Namun ingatlah, tiada satu makhluk pun yang Allah swt uji tanpa kemampuannya. Semoga menjadi ikhtibar buat kita.
